Tuesday, 16 November 2021

buku hakikat insan sesat ? - penerangan video

 1 - link hakikat insan sesat

Elias Hj Idris
MH menulis:

Kalau nak kenal tuhe (tuhan) kena jadi tuhe (tuhan) - Mat Laksamana dan sila rujuk ayat: Innalillahi wa-inna ilaihi-rooji'uun yang bermaksud kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Maksud katanya; Kita dijadikan dari Zat Allah swt atau cobek Zat Allah swt dan apabila mati - kembalila cobekan itu kepada Zat Allah swt. Apabila sudah kembali maka jadi Allah swt kembali. Apabila dah jadi Allah kembali, maka barulah kenal akan Allah.

Itu kata muridnya kepada ana: sebagaimana yang tuk guru mat ajarkannya.

Mangkuk menulis:

Itulah sebabnya Pak Ngah mengaku salah dan menerima fatwa sesat kerajaan sebab dalam hal ini beliau memang sedar yang beliau telah salah. Ini berlaku kerana salah mentafsir dapatan beliau ketika melaksanakan muraqabah ahdiatuzzat dan muraqabah la ta'yin.

Pada tahun 2007 ketika mangkuk dan masraden bermuzakarah dengannya, beliau telah mengaku dalam hal itu beliau silap. Mangkuk ingat lagi akan kesimpulan yang kami capai dan ungkapan Pak Ngah; Pak Ngah silap dalam mentafsir dapatan berkaitan Zat - dan patutlah almarhum atuk "diam"...lantas beliau berkata;

"Kita tak akan mampu mencapai Zattullah hatta kalau setakat nurullah pun kalau dah sampai kita sudah binasa. Akan jadi seperti Nabi Uzair yang fana fiz-Zat, tetapi zat kita yang binasa kerana sirna dengan nurullah atau nur Zat Allah - belum pun tersentuh akan Zat.

Dulu Pak Ngah ingat itu Zatullah.

Paling jauh kita mampu sampai dan "sedar" hanya di nur Muhammad. Itu pun setakat nampak 'laut' dan apa yang dipancarkan darinya. Jadi apa yang dihukumkan itu adalah sepatutnya...dan Pak Ngah redha.

Begitulah kurang lebih pengakuan beliau hatta kesedaran itu telah pun lama beliau capai, cuma tidak berpeluang untuk memperbetulkan kerana kitabnya sudah tersebar luas. Beliau hanya memohon agar tiada sesiapa yang berpegang dengan kata-katanya berdasarkan kitab tersebut.

Itu sebab mangkuk betul betul respek beliau kerana jujur dan berani mengaku salah. Jadi, sudah-sudahlah jika nak menghukum beliau. Sebaliknya, doakan beliau dan doakan agar kita pun tidak buat silap macam beliau. Siapa tahu, kita pun mungkin buat kesilapan yang lebih besar, tambahan pula orang alim semacam MH yang ghairah ulas itu ini dalam hal-hal kasyaf dan ghaib. Jadi berhati-hati: mungkin boleh tersalah juga. Kalau tidak salah dalam akidah pun mungkin ujub atau riak atau sum'aah yang halus-halus. Jadi berhati-hati. Itulah nasihat mangkuk buat diri sendiri, MH dan semua yang lain.

Mengenai yang lain seperti huruf aliff dan HA, pada mangkuk dari segi kias tidaklah salah, tetapi kurang sopan (kurang ajaq la senang cakap). Namun itupun Pak Ngah kata agak dia salah kerana tidak sepatutnya dikiaskan begitu.

Untuk makluman semua, Tuan Syeikh Ahmad Laksamana sendiri telah meninggalkan fahaman itu. Jadi, jangan dipegang fahaman dalam kitab tersebut. Beliau sendiri telah kembali ke fahaman ahli Sunnah wal-Jamaah Asyaairah dan Maturudiyah serta bertugas sebagai pemangku mursyid dalam memimpin suluk di bawah mursyid Naq Kholidiyah di sebuah markas suluk di Klang dari cawangan Bukit Tinggi Sumatera.

Untuk maklumat lanjut silalah berziarah ke sini: http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=18925


jaketkulit menulis:

Aku suka dengan kupasan begini di mana ada maklumat yang aku minta dan ada keputusan serta jawapan kepada persoalan.  Cuma aku agak jengkel dengan I_W bukan kerana dia tidak suka kitab ini, tetapi sikap pengikut tarikat tak bersanad yang suka memandang rendah kepada orang lain.

Kalau kita belajar kitab Hikam atau kitab-kitab tasauf yang tinggi sedikit, di mana kita akan sampai kepada perbincangan mengenai makam syuhud.

Kesilapan penulis mungkin kerana menyamakan sifat/zat manusia dengan sifat Allah. Maksud katanya; Kita dijadikan daripada Zat Allah swt atau cobek, Zat ALLAH swt. Apabila mati, iaitu kembali COBEKAN itu kepada Zat Allah swt. Apabila sudah kembali maka jadilah Allah swt kembali. Apabila sudah jadi Allah kembali, maka barulah kenal akan ALLAH.

Quote:

Sepatutnya kita melihat bahawa Allah la punca segalanya makhluk, sedangkan makhluk dahulunya ada di dalam ilmu Allah. Sifat ilmu itu sendiri qadim (dan ahli tasuf melihat apabila segala perancangan dari ilmu Allah yang qadim maka makhluk pun termasuk sekali di situ).

Ini adalah sebelum Allah zahirkan ilmu Allah dengan sifat qudrat Allah yang mencipta manusia dan makhluk sebagaimana dalam perancangan ilmu Allah. Maka apabila mazhar ilmu Allah maka jadilah ia mumkin terpisahlah alam ketuhanan dan alam mumkin.

Jadi kefahaman ahli-ahli sufi bahawa yang wujud hakiki adalah zat dan sifat Allah, sedangkan mumkin adalah bayangan kepada ilmu Allah yg dizahirkan. Maka wujud mumkin tidak lah wujud yang hakiki. Jadi apabila wujud mumkin maka terpisahlah ia dari alam ketuhanan dan apabila balik kepada Allah bukan bereti balik kepada sifat yang qadim tadi (ilmu).

Adapun analogi mumkin di dalam ilmu Allah itu analoginya ibarat setitis air milo dititikkan ke dalam lautan, maka tidak air yang terbentang luas itu dinamakan air milo bahkan orang memanggil air laut jua. Namun kalau diteliti secara halus maka air milo itu tetap milo dan air laut tetap laut.

Allah tetap Allah

Dan mumkin tetap mumkin walaupun ia pernah bersatu dahulu di dalam ilmu Allah. Jadi kalau ini yang dibawakan tentu sahaja dikatakan kesilapan dalam penulisan oleh penulis kitab, tetapi tentang analogi zakar dan faraj itu aku yakin tuan thread tak mengerti bahasa yang digunakan akibat kurangnya mengaji.

Mangkuk menulis:

Jika MH nak baca dengan serius kenalah berjumpa dengan penulisnya. Saudara tua, sahabat serta seorang yang mangkuk anggap sebagai guru - Syekh Mohd Sazali bin Abdul Wahi @ Ahmad Laksamana @ Pak Ngah. Hakikat Insan ditulis berdasarkan dapatan/warid beliau dalam suluk Naqsyabandiyah Kholidiyah (markas Bukit Tinggi Sumatera) dan ditulis berdasarkan perintah almarhum datuknya Syeikh Othman.

Semuanya ada 4 jilid, tetapi yang tersebar ke merata Malaysia itu hanya satu jilid sahaja...malah itupun sebenarnya baru mukadimah. Sementara isinya yang detail adalah dalam jilid ke-3 dan segala rahsia hingga jalan mati ada dalam jilid ke-4. Murid murid dan beberapa rakan terdekat pun tidak pernah ditunjukkan kitab berkenaan.

Mangkuk kira ini sebagai rezeki la. Itu pun pasai mangkuk tak berminat. Jadi apabila "datang" perintah daripada Pak Ngah suruh bagi kat Mangkuk, tetapi barokahnya sahaja, sedangkan fizikal kitabnya Mangkuk tak minat pun nak membacanya.

Bila siap menyalin pengalaman beliau (ketika itu beliau masih muda sekitar lewat 20-an), datuknya suruh beliau bercampur dengan orang ramai, khasnya ahli maksiat atas dua sebab, iaitu

i)  untuk melatihnya bersabar dalam musyahadah; dan

ii) agar dapat menarik mereka bertaubat kembali ke jalan yang benar.

Malangnya apabila baru satu jilid dibuka (jadi masyhur dan ramai pengikut ketika itu) - melalui teknik bertaklim secara informal..ada "murid" yang tidak amanah dan menyebarkannya sehingga Pak Ngah serta kitabnya terkenal satu Malaya!

Inipun ujian untuk Pak Ngah dan "musibah" padanya jua, namun itulah laluannya dengan kehendak Allah swt hingga 1,000 orang alim mengatakan beliau sesat (dan hikmahnya, inilah darjat yang datuknya nak beliau capai! ALLahu-akhbar).

Jadi itulah rumusan penulis dan kitab Hakikat Insan yang mangkuk bisa kongsikan jika MH nak baca secara serius pergilah berjumpa dengan beliau dan minta kesemua jilid itu khasnya lagi 3 jilid itu). Kemudian baru betul-betul serius serta 'adil' jika MH nak membaca dan menghukumnya.

Bagi Pak Ngah - dihukum sesat adalah makanannya selama ini. Namun bagi Mangkuk beliau adalah salah seorang guru buat Mangkuk dunia akhirat.

hakikat insan sesat - 3 fatwa


Tajuk:  Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana (Hakikat Insan)

Kategori:  AkidahTahun: 2001

Status Pewartaan:  Diwartakan

Negeri: Melaka

Keputusan:

1. Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk -

(a) "Hakikat Insan" yang ditulis oleh Haji Ahmad Laksamana;

(b) "Rahsia Mengenal Diri" yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan; dan

(c) "Rahsia Hakikat Insan" dan "Ilmu Mengenal Allah" yang ditulis oleh Imam Al-Souti,

didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.

2. Orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

3. Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1).

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10738


hakikat insan sesat - 2

 

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, dengan izin dan pertolongan Allah, posting tentang kitab “hakikat insan”, dapat juga disiapkan. Kitab yang di maksudkan di sini ialah kitab hakikat insan, karangan Haji Ahmad Laksamana bin Omar. Kitab ini sebenarnya sudah lama menjadi isu hangat, ada juga setengah daripadanya yang mungkin kekurangan ilmu dan bimbingan, membenarkan kitab ini. Kononnya kitab ini menpunyai maksud terlalu dalam dan orang yang hendak membaca dan memahami kitab ini, perlulah menpunyai ilmu Tasauf yang tinggi dan menpunyai hati yang bersih barulah akan mendapati bahawa kitab ini kitab Tasauf yang benar. Padahal ternyata kitab ini kitab ajaran sesat. Kitab pemfitnah kaum sufi dan ilmu Tasauf.

Kata guru kami Syeikh Abdullah Al- Majzub:

. “ Ajaran yang terkandung di dalam kitab ini adalah sesat, barangsiapa beramal dan berpegang dengan kitab ini, boleh membawa kepada kufur dan sesat”. – Semoga Allah menjauhkan kita semua daripadanya.


Bukan niat kami untuk memburukkan identiti penulis, dan jikalau penulis kitab ini sudahpun kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, kami tidak mengetahuinya. Apa yang menjadi masalah di sini, masih ada segelintir umat Islam di Negara kita, khususnya di negeri Terengganu ini masih mengguna pakai kitab ini sebagai pegangan dan rujukan di dalam bidang Tasauf. Sekali lagi kami mengingatkan bahawa kitab ini adalah sesat. Turut juga di fatwakan sesat oleh JAKIM.


Untuk golongan yang masih lagi berpegang pada kitab ini, cubalah saudara selidiki, bab yang kami akan bawakan ini, adakah ianya juga ada di bincangkan di dalam kitab Tasauf dan Sufi yang muktabar? Adah ajaran dalam kitab ini selari dengan akidah Islam dan Sunnah Rasulullah? Adakah ajaran ini ada termuat juga di dalam kitab karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani -ulama Tasauf ikutan, Imam Al-Ghazali- Hujjatul Islam, Syeikh Athoillah-penulis kitab Hikam, dan banyak lagi ulama Tasauf yang muktabar dan benar, yang kitabnya kita boleh jadikan rujukan dalam bidang Tasauf. Adakah saudara menjumpainya apa yang di bincangkan di dalam kitab ini (hakikat insan), yang akan kami tampilkan ini, ada juga di bincangkan di dalam kitab mereka?

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
-(HR.Muslim)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”


Untuk golongan yang baru hendak mengenali Tasauf ataupun golongan yang memusuhi Tasauf, janganlah kamu mengambil kitab ini sebagai modal untuk mempelajari dan memfitnah ilmu Tasauf. Kerana kitab ini bukanlah kitab Tasauf. Kitab ini hanyalah kitab nukil. Kitab sesat yang bukan dari ajaran Islam, bukan dari ilmu Tasauf.


Kami tampilkan sedikit tentang ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam kitab ini, agar kita boleh mengambil iktibar, dan boleh menjadi satu bukti bahawa isi kandungan di dalam kitab ini adalah sesat. Kami hanya mengambil sedikit isi kandungan kitab ini, di mana yang boleh di lihat dengan jelas dan ketara kesesatan kitab ini.

Wallahualam.




Sedutan dari kitab hakikat insan mad laksamana mukasurat 304-324.

Lantaran untuk memakrifatkan diri Allah s.w.t maka Allah pula telah menyatakan dalam firmanNya:

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

*Sesungguhnya para ulama Tasauf telah bersepakat menyatakan bahawa Ayat-Ayat Surah Al-Ikhlas diatas adalah ayat-ayat makrifat yang meliputi pada membincangkan proses Tajali diri Allah s.w.t pada peringkat akidah sampailah ke alam Ihsan. Hal ini telahpun kita bincangkan di dalam bab yang lalu.

Soalnya , di dalam empat rangkap ayat makrifat yang terkandung di dalam surah Al-Ikhlas itu, kenapa Allah s.w.t telah menekankan dengan seriusnya, Firmannya:

“-Tidak beranak dan tidak di peranakkan.”

Di dalam hal ini sudah tentu ianya menpunyai sesuatu hikmat rahsia yang harus di terokai oleh manusia yang hendak memakrifatkan dirinya dengan Allah.

Bila kita memperkatakan soal beranak dan diperanakkan, maka dengan segera kita dapat memahami bahawa ianya tidak mungkin akan membincangkan soal bulan, soal bintang, soal berniaga, soal baju dan sebagainya tetapi dengan secara automatik akan membincangkan soal kemaluan perempuan (burit) dan kemaluan lelaki (pelir) dan kenapa pula soal burit (faraj) dan soal pelir (zakar) diperbincangkan dalam pengajian Makrifat dengan Allah, adalah disebabkan kerana Faraj dan Zakar mempunyai ciri-ciri makrifat imu makrifat tinggi.

Sesungguhnya tugas zakar adalah memakrifatkan dirinya dengan faraj dan tugas faraj pula memakrifatkan dirinya dengan zakar dan perlu ditegaskan di sini tujuan pertama zakar harus memakrifatkan dirinya dengan faraj adalah bertujuan untuk menyampaikan rahsia hakikat diri manusia yang terkandung di dalam mani kepada faraj dan manakala tugas faraj pula harus menerima rahsia hakikat diri manusia untuk ditanggung oleh rahim yang berakhir dengan terbentuknya diri seseorang manusia itu, maka sebab itulah faraj harus memakrifatkan dirinya dengan Zakar. Begitulah dengan manusia, di mana seseorang manusia itu terpaksa memakrifatkan dirinya dengan Allah s.w.t. bagi tujuan untuk menyerahkan amanah diri rahsia Allah Tuhan semesta alam.

Di dalam membincangkan soal makrifatkannya zakar dengan faraj dan makrifatkan dengan zakar banyak perkara-perkara anih yang harus digali oleh kita.Beberapa soalan terikat harus dijawab dan dikaji oleh kita bersama di samping kita buat perbandingan dengan diri kita di dalam konteks makrifat dengan Allah s-w.t

(1). Bagaimana zakar boleh tahu bila saja diperkatakan soal faraj. Lantas iapun bangkit segar (keras) semacam mencari faraj yang diperkatakan oleh kita tadi. Dan begitu juga halnya dengan faraj.

(2). Bagaimana pula zakar dapat mendengar apabila disebut nama faraj iapun bangun (keras) jadi tentu zakar mendengar. Ianya mengguna teliriga mana?

(3). Bagaimana pula zakar dapat melihat, sedangkan ianya tidak mempunyai mata. Ianya dapat melihat Faraj walaupun diselubungi dan dilindungi, maka begitu pula dengan faraj.

(4). Bagaimana dan siapakah yang mengajar Zakar dan Faraj mengenali di antara satu dengan lain dan kenapa pula seseorang yang hendak melangsungkan perkahwinan tidak sekali-kali di ajar tentang cara-cara mengadakan hubungan sex dan kenapa setiap ibu bapa yang mengahwini anaknya menyakini anak-anak mereka sudahpun pandai tentang sex. Dari mana dan siapa yang mengajar anak itu tentang sex?

(5). Apakah ilmu yang dipakai oleh zakar dan faraj di mana ianya dapat mengetahui makrifatkan tanpa belajar dan di ajar.

(6). Dan banyak lagi soalan yang harus disoal oleh kita, untuk kita mengambilnya sebagai iktibar yang balk dalam arah tujuan kita mengenali Allah s.w.t.

(7). Sesungguhnya zakar dan faraj benar-benar makrifat di antara satu dengan lain sehingga disebut saja nama salah satu di antara mereka lantas masing-masing menunjukkan satu reaksi sepontan yang tak payah di arah di suruh-suruh oleh sesiapa dengan bahasa yang kasar, zakar memang mengenali benar faraj tetapi bagi zakar jika disebut nama lain nescaya ianya tidak akan menunjukkan sebarang reaksi, kenapa dan mengapa? Jika bagi zakar matlamat makrifatnya dengan faraj dan manusia pula menpunyai matlamat makrifat dengan diri Allah, maka knapa pula kita bila saja di sebut nama Allah walaupun beberapa kali, tubuh kita, jiwa kita, hati kita tidak menunjukkan sebarang reaksi spontan tidak seperti zakar terhadap faraj.















Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri - 01 (Aku Dari Allah)

 Aku Dari Allah


SUNDAY, 13 AUGUST 2017


Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri


Mereka yang dalam pengkajian ilmu makrifat

Pasti pernah berjumpa dengan tajuk di atas

Mereka yang sedang mengalami ketiadaan diri

Pasti boleh bercakap seperti itu


Aku pun pernah bercakap seperti itu

Sewaktu tubuh sedang dimakan oleh ulat mayat

Aku sedang di dalam menuju kebinasaan diri

Menuju ke arah ketiadaan diri

Maka memang tidak boleh melihat adanya diri

Sebab diri sedang beransur-ansur hilang dimakan oleh ulat mayat


Boleh juga disebut

Jangan sampai terlihat adanya makhluk

Atau boleh juga disebut

Jangan sampai terlihat apa yang dilihat

Melihat pada kebiasaannya

Orang merujuk pada mata

Aku tidak merujuk melihat itu dengan mata

Sebab orang buta juga boleh mengkaji ilmu makrifat

Kalau hendak mencapai makrifat kena guna mata

Makanya orang buta tidak akan mampu mencapai makrifat

Sebab orang buta tidak bermata


Maka melihat yang aku maksudkan adalah hati

Melihat dengan hati

Melihat dengan mata yang terletaknya di hati

Iaitu mata hati

Ya, melihat yang aku maksudkan di sini

Adalah melihat dengan mata hati

Maka orang buta pun mampu mencapai makrifat


Malah orang bisu, pekak juga mampu mencapai makrifat

Makanya mata hati tidak boleh melihat adanya diri

Diri itu boleh jadi jasad

Boleh jadi juga roh

Boleh jadi ada saja yang berjisim dan bernama dan bertempat dan berwatak

Maka semua itu tidak boleh dilihat ada

Selagi boleh dilihat ada dengan mata hati semuanya itu

Maka Allah itu telah hilang di dalam semua itu


Tidak mungkin Allah di duakan dengan semua itu

Maka semua itu haruslah dihilangkan

Bagaimana nak hilangkan semua itu

Carilah apa saja kaedah

Guna akal untuk hilangkan

Guna masa untuk hilangkan

Guna kiamat untuk hilangkan

Atau bakar sahaja semuanya dengan api neraka untuk hilangkan

Yang penting semua itu harus hilang harus tiada


Barulah sesuai dengan kata-kata

Jangan sampai terlihat adanya diri


Harap ada telah mendapat idea

Atau memahami apa yang dimaksudkan dengan

'terlihat' dan 'diri'

Terlihat - bukan dengan mata

Diri - semua yang berjisim, bernama, bertempat, berwatak