Friday, 9 September 2016

Daging aqqah dan korban... siapa tak boleh makan..

Secara amnya, daging aqiqah boleh dimakan oleh seluruh umat Islam. Namun demikian, terdapat juga situasi di mana daging tersebut tidak boleh dimakan oleh tuan yang melakukan Aqiqah. Inilah isu yang diperjelaskan oleh Ustaz dalam sesi soal jawab kali ini.

Daging Aqiqah. Siapa boleh makan?

Daging Aqiqah, pada dasarnya boleh dimakan oleh orang yang melakukan aqiqah tersebut beserta anak bininya. Cuma, adalah lebih afdhal sekiranya lebih banyak diberi makan kepada orang. Sama ada orang kaya atau miskin.
Sunat juga daging itu dimasak terlebih dahulu. Konsepnya berlawanan dengan daging korban. Daging korban, diedarkan dalam bentuk mentah, manakala daging aqiqah dalam bentuk sudah dimasak.
Pendapat yang mengatakan tuan aqiqah tidak boleh makan daging aqiqahnya adalah tidak betul. Sunat bagi tuan aqiqah, anak anak, dan seisi rumah untuk memakan daging aqiqah itu tadi.

Daging Aqiqah. Siapa Haram Makan?

Yang tak boleh makan daging aqiqahnya sendiri adalah tuan aqiqah yang melakukan aqiqah wajib. Aqiqah wajib adalah aqiqah yang dilakukan atas sebab telah bernazar. Contohnya apabila seseorang telah berniat “Aku bernazar kalau dapat anak perempuan, aku akan sembelih seekor kambing sebagai aqiqah”.
Maka setelah mendapat anak perempuan orang tersebut wajib membayar nazar dengan melakukan aqiqah seekor kambing. Daging dari sembelihan aqiqah ini tidak boleh dimakan oleh tuan aqiqah beserta dengan ahli keluarganya seisi rumah.
Begitu juga dengan daging korban. Sekiranya korban dilakukan atas sebab membayar nazar, makan tuan punya korban tidak boleh makan daging dari korban tersebut.
Begitulah dia sedikit penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum makan daging aqiqah/korban oleh tuan punya aqiqah/korban tersebut.
InsyaAllah ilmu yang sedikit ini bakal memberi manafaat sekiranya ia dikongsikan kepada orang lain.



Bicara agama


ARKIB : 28/11/2008

Bukan Islam boleh makan akikah

SOALAN:
Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya. Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.
Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu?
JAWAPAN:
Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah.
Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.
Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322)
Pengertian akikah menurut syarak
Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah.
Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.
Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud)
Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib.
Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi)
Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini.
Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.
Pendapat kedua
Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)
Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari)
Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)
Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan.
Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.
Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bu

No comments:

Post a Comment