KATEGORI PENGKELASAN HADITS
A. PEMBAHAGIAN MELALUI CARA SAMPAINYA KEPADA KITA :
1. HADITS MUTAWAATIR
1.1. Mutawatir Lafdzi
1.2. Mutawatir ma’nawi
2. HADITS AHAD
2.1. Hadits Masyhur
2.2. Hadits ‘Aziz
2.3. Hadits Gharib :
2.3.1 Gharib Mutlaq
2.3.2 Gharib Nisbi
B. PEMBAHAGIAN BERDASARKAN KUAT ATAU LEMAHNYA (termasuk hadits ahad):
1. HADITS MAQBUL (Diterima); terdiri dari :
1.1- Hadits Sahih : Sahih lidzaatihi dan Sahih lighairihi
1.2- Hadits Hasan : Hasan Lighairihi
Pembahagian khabar maqbul dilihat dari yang dapat diamalkan dan tidak dapat diamalkan:
- Al-Muhkam
- Al-Mukhtalif
2. HADITS MARDUD (ditolak); terdiri dari :
2.1- Hadits dha’if dan saudara-saudaranya.
3. HADITS DHA'IF (ضعيف )
3.1. Pembahagian Hadits Ddha’if :
3.1.1- Dha’if akibat cacat pada sanadnya (gugur sanadnya) iaitu :
- Keguguran secara dzahir : Mu’allaq (معلق ), Mursal (مرسل ), dan Munqathi’ (منقطع )
- Keguguran secara tersembunyi : Mudallas dan Mursal
3.1.2- Dha’if akibat cacat pada rawi hadits :
@ Maudhu’
@ Matruk
@ Munkar
@ Ma’ruf
@ Mu’allal
@ Mukhalafah lits-Tsiqaat : Mudraj, Maqlub, Al-Maziid fii Muttashilil-Asaanid, Mudltharib, dan Mushahhaf.
@ Syaz (dan sekaligus dibahas : Mahfudh)
@ Hadits dha’if akibat Jahalatur-Rawi (Majhul)
@ Hadits dha’if akibat Bid’atur-Rawi
C. PEMBAHAGIAN MENURUT SANDARAN :
1. Hadits Qudsi
Takrif Hadis Al-Qudsi
Hadis Al-Qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam daripada Allah Azza wa Jalla kadangkala dengan perantaraan Jibril 'alaihi salam, kadangkala dengan perantaraan wahyu atau ilham atau mimpi. Lafaz hadis ini terpulang kepada Rasulullah saw untuk mengucapkannya.
Tiada perbezaan mahupun percanggahan antara hadis Al-Qudsi dengan hadis An-Nabawi melainkan pada isnadnya terus kepada Allah Subhana wa Ta'ala.
2. Marfu’
Definisi Hadith Marfu’
Imam al-Baiquniy di dalam manzhumahnya telah memberi definisi berkaitan hadith Marfu’ adalah seperti berikut:
وَمَا أُضِيْفَ لِلنَّبِيِّ المَرْفُوعُ
Maksudnya: “Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW dinamakan [Hadith Marfu’]”.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Imam al-Baiquniy, kita memahami bahawa hadith Marfu’ adalah setiap hadith yang disandarkan kepada Nabi SAW samada dari sudut perkataan, perbuatan, ikrar dan juga sifat Nabi SAW. Tambahan pula, tidak menjadi syarat bahawa hadith Marfu’ ini sanadnya perlulah bersambung.
Pembahagian Hadith Marfu’
Hadith Marfu’ terbahagi pada dua bahagian sebagaimana yang terdapat di dalam kitab mustholah al-Hadith:
Pertama: al-Marfu’ al-Shorih (المرفوع الصريح)
Al-Marfu’ al-Shorih bermaksud apa yang disandarkan secara terus atau jelas kepada Nabi SAW daripada perkataan perkataan, perbuatan, ikrar dan juga sifat Nabi SAW. Contohnya seperti:
سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ كَذَا
Maksudnya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda…”.
Kedua : al-Marfu’ al-Hukmi (المرفوع الحكمي)
Manakala, al-Marfu’ al-Hukmi pula bermaksud, hadith tersebut diungkapkan oleh para sahabat RA tanpa disandarkan kepada Nabi SAW secara jelas. Contohnya adalah:
أُمِرْنَا بِكَذَا أَوْ نُهِيْنَا بِكَذَا
Maksudnya: “Kami diperintahkan dengan sesuatu atau kami ditegah dengan sesuatu”.
Hukum Hadith Marfu’ al-Hukmi
Para ulama’ telah berbeza pendapat dalam meletakkan hukum bagi hadith Marfu’ hukmi ini kepada beberapa pendapat:
- Hukumya adalah marfu’ dan ini adalah pendapat jumhur ulama’.
- Hukumya adalah tidak marfu’. Ini adalah salah satu pendapat dalam mazhab al-Zhahiriyyah dan juga pendapat imam al-Haramain.
- Hukumnya adalah tawaqquf dan ini adalah pendapat imam al-Sam’ani.
- Hukumnya adalah marfu’ jika ia datang daripada sahabat yang besar. Manakala, jika ia datang daripada selain daripada sahabat-sahabat yang besar maka hukumnya perlu dilihat.
Hukum Hadith Marfu’
Hukum hadith Marfu’ boleh menjadi sahih, hasan, dhaif atau maudhu’ (palsu) bergantung pada sanad dan matannya.
3. Mauquf
4. Maqthu’
Ada beberapa penjelasan lain mengenai Muttabi’ dan Asy-Syahi, serta jalan mencapai keduanya (I’tibar)
Sambungan Kuliah Usul Hadis yang disampaikan oleh Ustaz Abu Tolhah Solahuddin
Dalam kita belajar hadis, kita juga perlu mahir dengan istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadis. Sebagai contoh, pengkelasan hadis kepada Mutawatir, Sahih, Ahad dan sebagainya. Ilmu ini dinamakan Mustolah Hadis.
Seperti kita tahu, hadis adalah ‘kata-kata’. Jikalau kata-kata itu disandarkan kepada sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi, mengikut istilah Ahli Hadis, ia dinamakan khabar ataupun atsar sahaja. Sebagai contoh, kadang-kadang sahabat ada memberitahu cara solat kepada tabiin tanpa mengatakan yang Rasulullah berkata begitu. Maknanya, tabiin itu menggunakan kata-katanya sendiri.
Jikalau kata-kata itu disandarkan kepada tabiin sahaja, ia juga diberikan istilah ‘khabar’ atau ‘atsar’. Tidak dinamakan sebagai habis atau sunnah. Di dalam kitab Sahih Bukhari ini terdapat tiga-tiga jenis perkataan daripada Nabi, Sahabat dan juga Tabiin.
Hadis mempunyai hukum tertentu. Hadis yang dapat dipastikan telah disebut oleh Nabi, ianya dipanggil Hadis Marfu’ (مَرفُع). Manakala hadis yang kata-katanya hanya boleh disandarkan kepada sahabat, ianya diberi hukum Hadis Mawquf (مَوقُوف). Manakala kata-kata yang sampai kepada tabein sahaja diberi hukum Hadis Maqtu‘ مَقطُوع)
Hadis yang marfu‘ boleh dipakai sebagai hujah. Kerana ia kata-kata daripada Nabi.
Hadis mawquf pula terbahagi kepada dua:
1. Tetap pada hukum mawquf. Apabila kata-kata sahabat itu dasarkan kepada ijtihad mereka ataupun pendapat akal mereka sahaja. Iaitu apabila benda yang diperbincangkan itu boleh dicapai dengan akal. Hukumnya apabila ianya ijtihad tidak wajib ikut.
2. Hadis mawquf tetapi hukumnya marfu‘. Iaitu apabila berita itu dari sahabat, tapi tak mungkin ianya ilmu yang direka dari akalnya sendiri. Ilmu itu adalah jenis pengetahuan yang tidak boleh dicapai dengan akal. Hadis yang sebegini kita wajib ikut. Contohnya, tentang azab kubur, ilmu ghaib. Kerana sahabat tidak mungkin menipu dalam kata-kata mereka tentang perkara itu. Kerana sahabat itu telah diiktiraf semuanya sebagai adil. Merekalah yang paling tsiqah kalau dibandingkan dengan tabein dan ulama zaman sekarang. Mereka yang telah bertemu muka dengan Nabi dan telah diiktiraf oleh Nabi sebagai orang yang jujur.
No comments:
Post a Comment