Soalan: Adakah sahih hadith isteri sujud pada suami?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadith sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadith adalah seperti berikut:
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا
Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadith ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadith ini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulama’ mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka, sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Makna Hadith
Antara yang boleh difahami daripada hadith ini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Ini kerana, terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata, makna hadith ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يَصْلُحُ لِبَشَرٍ أَنْ يَسْجُدَ لِبَشَرٍ، وَلَوْ صَلَحَ لِبَشَرٍ أَنْ يَسْجُدَ لِبَشَرٍ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا، مِنْ عِظَمِ حَقِّهِ عَلَيْهَا
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sahih li ghairihi]
Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana, sujud hanya dibenarkan kepada Allah SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada Allah SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas. Akan tetapi, hadith ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Amin
Wallahua’lam
Bahagian 2
Quraish Shihab mengatakan dalam bukunya berjudul Islam yang Disalahpahami, maksud Rasulullah bukanlah seperti itu saat mengucapkannya. Untuk memahami maksud dengan baik dari suatu hadits, kata dia diperlukan pengetahuan tentang konteks atau yang diistilahkan ulama hadits, yaitu asbâb al-wurûd. Selain perlu memahami kosakata yang digunakan Rasulullah, perlu juga dilihat bagaimana secara umum tuntunan Islam menyangkut tema yang berkaitan dengan kandungan uraian hadits.
Quraish Shihab menjelaskan dari sisi asbâb al-wurûd (konteks) hadits tersebut diriwayatkan bahwa sahabat Rasulullah, Mu’adz bin Jabal r.a. saat kembali dari Syam dan menghadap beliau, sang sahabat bersujud kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah bertanya, “Apa ini wahai Mu’adz?”. Lalu Mu’adz menjawab, “Aku baru saja kembali dari Syam dan aku melihat mereka sujud kepada para rahib dan pendeta-pendetanya. Maka aku pun ingin melakukannya untukmu.” Di sinilah Rasulullah melarang untuk melakukan hal serupa sambil berkata, “Janganlah lakukan itu. Kalau seandainya aku memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, niscaya aku akan perintahkan istri sujud kepada suaminya,” (HR Tirmidzi dan al-Hakim).
Dari konteks tersebut terlihat alasan pengucapan Rasulullah yang intinya adalah keinginan seorang sahabat beliau untuk sujud sebagai bentuk penghormatan. Namun, beliau melarangnya sambil menekankan tidak ada yang boleh sujud kepada manusia, siapa pun dia dan kendati dia menganugerahkan banyak persembahan.
Sementara dari segi redaksi, terbaca Rasulullah menggunakan kata law yang dalam bahasa Arab digunakan untuk makna perandaian yang mustahil terjadi. Sehingga ini bermakna bahwa sejak awal Rasulullah telah memustahilkan melakukan perintah itu. Beliau dari awal enggan memerintahkan seseorang, siapa pun dia untuk sujud kepada siapa pun selain Allah. Dia mencontohkan dengan istri. Timbul pertanyaan, lantas mengapa istri yang dijadikan contoh?
Menurut Quraish Shihab, hal itu disebabkan adanya keaneka ragam dan banyaknya kewajiban suami terhadap istri. Kewajiban yang harus dilakukan atas dasar pemenuhannya, istri hendaknya juga melakukan kewajiban.
Perlu diingat, beberapa kewajiban suami yang harus dipenuhi dalam kehidupan rumah tangga antara lain, pertama, berkewajiban memberi nafkah lahir dan batin untuk istri dan anak-anak. Walaupun sang istri sudah kaya raya. Kedua, wajib sabar menghadapi istri dan selalu bermusyawarah dengannya. Ketiga, suami diingatkan Alquran untuk menahan diri terhadap gangguan istrinya. Bahkan mempertahankan kehidupan rumah tangganya kendati ada sifat-sifat atau penampilan istri yang tidak berkenan di hatinya. Keempat, suami membantu istrinya dalam pekerjaan rumah tangga.
Semua kewajiban itu terlihat betapa banyak kewajiban yang ditetapkan agama atas suami terhadap istrinya, sehingga wajar jika Rasulullah mengangkat contoh “istri” untuk menekankan bahwa betapa pun banyak persembahan yang diterima seseorang dari orang lain, maka itu bukan menjadi alasan yang membuatnya sujud kepada yang mempersembahkannya.
Isteri mempunyai peranan yang besar dalam menguruskan rumah tangga supaya lebih teratur dan tersusun. Isteri adalah ‘permaisuri’ buat suaminya. Ketaatan kepada suaminya adalah kewajipan selagi tidak menyalahi syariat. Dalam satu hadis menyebut: “Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang sujud pada orang lain, nescaya aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya kerana besar hak yang diberikan Allah kepada suami atas isterinya.” (Riwayat al-Baihaqi)
Menurut Syeikh Abdul Rahman al-Mubarakfuri, hadis itu bersifat mubalaghah (bersangatan) yang menunjukkan ketinggian bahasa Arab betapa wajibnya seorang isteri taat kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya, sedangkan sujud tidak dibenarkan kepada sesiapa saja selain Allah SWT. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi jilid 3 hlm 238)
Apabila seseorang bergelar isteri, kunci syurganya ada pada suami. Justeru, isteri hendaklah berusaha membuat suaminya gembira dan reda.
Isteri hendaklah mengingatkan dirinya beberapa pesanan Nabi SAW antaranya: “Mana-mana wanita yang meninggal dunia lalu suaminya reda padanya, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)
Nabi SAW juga berpesan: “Perhatikanlah bagaimana hubunganmu dengan suamimu kerana sesungguhnya dialah syurga dan nera kamu.” (Riwayat Ahmad)
Saya ingin mengemukakan beberapa kesalahan yang sering dilakukan sebahagian isteri supaya mereka menjauhinya.
Pertama ialah sikap suka meremehkan kebaikan suami. Sedangkan Rasulullah SAW berpesan: “Aku diperlihatkan neraka ternyata kebanyakan penghuninya ialah wanita kerana mereka sering mengingkari.
“Sahabat bertanya: “Adakah mereka mengingkari Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Mereka mengingkari pemberian dan kebaikan suami. Seandainya kamu berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian mereka melihat satu saja keburukanmu, maka mereka berkata: “Aku tidak pernah langsung melihat kebaikanmu.” (Riwayat al-Bukhari)
Kedua, berpuasa sunat tanpa keizinan suami. Sabda Nabi SAW: Janganlah seorang wanita berpuasa ketika suaminya ada kecuali dengan izinnya.” (Riwayat Muslim) dan puasa itu merujuk puasa sunat.
Ketiga, memberi orang lain masuk rumah tanpa keizinan suami. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita membenarkan orang lain masuk ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Sesuatu yang disedekahkan isteri atas usaha suami tanpa pengetahuannya, maka setengah pahala sedekah itu milik suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keempat, mendedahkan aib pasangan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia paling teruk di sisi Allah pada hari Kiamat nanti ialah orang yang bersetubuh dengan isterinya dan isterinya bersetubuh dengannya, kemudian dia menceritakan aibnya.” (Riwayat Muslim)
Kelima, menceritakan penampilan wanita lain kepada suaminya. Sabda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang wanita menceritakan sifat-sifat wanita lain kepada suaminya sehingga dia seolah-olah melihat wanita itu.” (Riwayat al-Bukhari)
Keenam, berhias bukan untuk suaminya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan wanita yang bangga dan sombong memperlihatkan perhiasannya kepada selain suaminya bagaikan kegelapan pada hari kiamat. Tidak ada cahaya sedikit pun padanya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Ketujuh, meminta cerai tanpa sebab. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebarang sebab maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Dawud)
Kelapan, meminta suami menceraikan madunya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang wanita meminta suaminya menceraikan madunya supaya nafkah bahagiannya bertambah banyak. Sesungguhnya baginya ialah apa yang Allah takdirkan untuknya.” (Riwayat al-Bukhari)
Begitulah antara kesalahan yang sering dilakukan isteri yang perlu dijauhi agar tidak berdosa.
Jika benar ada yang pernah melakukannya, hendaklah meminta maaf kepada suami dan hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.
Penulis ialah pendakwah